Check Mate 9 Langkah

Check Mate 12 Langkah

Khamis, 29 Mac 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Catur Peringkat Negeri MSS Negeri Sembilan 2012

Makluman Mesyuarat

Tarikh : 30 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKA SHAMS, Seremban.

Permulaan Era Baru Catur MSS N.Sembilan 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Blog ini adalah langkah permulaan baru ke arah penyatuan matlamat Pengerusi-pengerusi Teknik MSS Daerah untuk menjadikan pasukan catur MSS N9 pada tahun 2012 kali ini lebih mantap dan tersusun dari segi pelaksanaan rangka kerjanya.

Insya'Allah, dari semasa ke semasa, posting-posting blog ini akan menyediakan panduan-panduan dan strategi dalam permainan catur kepada para peminat catur, sama ada dalam opening, middle game, end game, dan hal-hal lain berkaitan catur.

Semoga blog ini akan menjadi rujukan dan panduan guru-guru catur sekolah-sekolah.

Adalah menjadi hasrat kami agar kewujudan blog ini akan mendorong rasa minat yang mendalam terhadap sukan catur ini dan seterusnya menjadi titik tolak peningkatan pencapaian Pasukan Catur MSSNS dalam Kejohanan Catur MSSM 2012 di Terengganu nanti...

Nukilan Ikhlas:

Hj. Aminuddin bin Hj. Hamat Hambali
(Pengerusi Teknik Catur Daerah Tampin)