Check Mate 9 Langkah

Check Mate 12 Langkah

Ahad, 29 April 2012

Kejohanan Catur MSS Daerah Tampin 2012

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang menyertai Kejohanan Catur MSS Daerah Tampin 2012 bertempat di SMRA Gemas pada 25 dan 26 April yang lalu.

Adalah dimaklumkan bahawa, berpandukan Mesyuarat Pengurus Pasukan pada 27 April (Jumaat), setiap daerah dikehendaki menghantar seramai 6 orang untuk setiap kategori.

Justeru, berikut diumumkan nama-nama peserta yang bakal mewakili pasukan Tampin mengikut kategori masing-masing:

Lelaki Bawah 12 Tahun
1. Ahmad Al-Husainie b. Kamaliddin - SK Tunku Besar, Tampin
2. Muhammad Aiman b. Mohd. Shah - SK (F) Pasir Besar, Gemas
3. Muhammad Shahrul Ariff b. Mohamad Jeffri - SK (F) Pasir Besar, Gemas
4. Mohammad Izwan b. Abu Bakar - SK (F) Pasir Besar, Gemas
5. Mohd Aizizie b. Saim - SK (F) Pasir Besar, Gemas
6. Muhammad Faris Johari - SK Kem Syed Sirajudin, Gemas.

Perempuan Bawah 12 Tahun
1. Ain Nazirah bt. Mohd. Razi - SK Jelai 3 (F), Gemas
2. Nur Balqis bt. Hairi - SK (F) Pasir Besar, Gemas
3. Nurul Fazira bt. Abd Manap - SK Datuk Abdullah, Gemencheh
4. Tan Kai En - SJK(C) Kuo Min, Gemas
5. Nur Afiqa Ayuni bt Roszil - SK Air Kuning Selatan, Gemencheh
6. Halimatussaadiah bt. M.Nizam - SK Tampin

Lelaki Bawah 15 Tahun
1. Syafiq Khasbullah - MRSM Gemencheh
2. Tan Guan Jin - SMK Gemas
3. Liew Wen Xin - SMK Gemas
4. Abrar Izzudin b Ab. Hafidz - SMK Jelai (F), Gemas
5. Muhd. Amsyar - SMK Bukit Jalor, Gemencheh
6. Mohammad Akmal b Zolkapli - SMK Jelai (F), Gemas

Perempuan Bawah 15 Tahun
1. Farah Husna Ateeqah bt Nor Kamar - MRSM Gemencheh
2. Siti Nor Atiqah bt Kamaruzaman - SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas
3. Munirah Basyrah bt Mazlan - Maahad Ahmadi, Gemencheh
4. Nur Aqilah bt. Mohd Amin - MRSM Gemencheh
5. Siti Salwa bt Mohd Danell - SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh
6. Nurul Asyiqin bt Waad - SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas

Lelaki Bawah 18 Tahun
1. Muhamad Faqrul Azuan b Mazlan - SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas
2. Mohamad Farizzuan b Mohamad Jeffri - SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas
3. Muhamad Anas b Abd Rahman - SMK Tunku Syed Idrus, Tampin
4. Ahmad Sholehin b Abu Zamal - Maahad Ahmadi, Gemencheh
5. Muhd. Shukry b Noridan - SMK Bukit Jalor, Gemencheh
6. Irsyad Syahid b Ruslan - Maahad Ahmadi, Gemencheh

Perempuan Bawah 18 Tahun
1. Siti Zunairah bt Abu Zarin - SMK Jelai (F), Gemas
2. Nur Athirah Nadhirah - SMK Tunku Besar, Tampin
3. Nurul Aini bt Ibrahim - SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas
4. Siti Umirah bt Mohd Nor - SMK Gemas
5. Nur Fathiah bt Aris - SMK Pasir Besar, Gemas
6. Nurmurnisa Hidayana bt Sulaiman - SMK Jelai (F), Gemas

Berikut pula ialah gambar-gambar semasa pertandingan:

Hari Pertama (25 April 2012)

Tn. Hj. Hamzah - Pegawai Pelajaran Daerah Tampin,
sempat melawat tempat pertandingan.
Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah dilakukan
oleh Tn. Hj. Zainudin - wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tampin 



Hari Kedua (26 April 2012)







Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah dilakukan oleh
En. Mazlan selaku wakil PPD Tampin


Isnin, 16 April 2012

Kursus Asas dan Mesyuarat Pertandingan Catur MSSD Tampin 2012

Tarikh: 17 April 2012 (Selasa)
Tempat: Bilik Mesyuarat, SMA Gemas

Tentatif:
8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran
8.30 - 10.30 pagi Kursus Asas Pelaksanaan Kelab Catur Sekolah
10.30 - 11.00 pagi Rehat
11.00 - 1.00 ptg Mesyuarat Catur MSSD Tampin
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Penyelia Sukan PPD Tampin
3. Taklimat Kejohanan Catur MSSD Tampin oleh PT Catur
4. Perbincangan Sumber Kewangan
5. Pembentukan Jawatankuasa dan Penetapan Latihan Pusat Kontinjen
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

Sabtu, 14 April 2012

Kejohanan Raja Catur Kompleks Sukan Negara

Tarikh : 29 April 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara.

PERATURAN AM
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan mengikut Undang undang... Federation Internationale Des Echecs (F.I.D.E) dan peraturan - peraturan am yang ditetapkan pengadil yang dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Raja Catur Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.

RATING KEBANGSAAN
Kejohanan ini adalah RATING KEBANGSAAN (NATIONAL RATED). Semua peserta akan didaftarkan dalam senarai Rating Malaysia Chess Federation (MCF).

PENYERTAAN
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara lelaki dan wanita. Semua penyertaan perlu diserahkan sebelum atau pada 28 APRIL 2012 .
Kaunter pendaftaran juga akan dibuka pada 28 April 2012 sehingga jam 5.00 petang di Stadium Juara.

YURAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan seperti berikut :-
Pelajar Sekolah : RM 20
Dewasa/ IPT : RM 25
Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama PERBADANAN STADIUM MALAYSIA di akaun berikut :-
Maybank 014011447266
Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan ditalian 03-8994 6581. Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.

FORMAT PERTANDINGAN
Perlawanan akan dijalankan mengikut sistem Swiss 6 pusingan. “Pairing ” peserta akan dibuat menggunakan program Swiss Manager. Peserta yang mempunyai markah paling tinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Mata pemutus seri :-
1) Solko (BH) 2) Sonneborn-Berger 3) Progressive Scores
Kawalan masa setiap permainan menggunakan jam catur selama 25 minit.

ETIKA PEMAIN
Setiap peserta perlu berpakaian kemas, sopan dan berkasut. Pemakaian seluar pendek adalah dilarang.

HADIAH KEJOHANAN RAJA CATUR KSN
Johan Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Naib Johan Wang Tunai RM 100, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai RM 90, medal & sijil
Ke 4 Wang Tunai RM 80 & sijil
Ke 5 Wang Tunai RM 70 & sijil
Ke 6 Wang Tunai RM 60 & sijil
Ke 7 Wang Tunai RM 50 & sijil
Ke 8 Wang Tunai RM 50 & sijil
Terbaik Semi Pro N.R :1601- 1700 Cenderahati & sijil
Terbaik Amatur N.R :1501- 1600 Cenderahati & sijil
Terbaik Novis N.R :1- 1400 Cenderahati & sijil
Terbaik “Unrated”N.R : Tiada Cenderahati & sijil
Terbaik Wanita Cenderahati & sijil
Terbaik Veteran (45 thn ke atas) Cenderahati & sijil
Terbaik Pelajar IPT ( 2 org) Cenderahati & sijil
Terbaik Pelajar Sek. Menengah (2 org) Cenderahati & sijil
Terbaik Pelajar Sek. Rendah (2 org) Cenderahati & sijil

Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Pembangunan Acara Perbadanan Stadium Malaysia Tel : 03-8992 0888 samb 843,844 & 845 Faks : 03- 8994 6581 Haslina (012-6299617) Fitri Ani (019-3576879) Zarina (019-2549747) E-mail : haslinawati@stadium.gov.my

Ahad, 1 April 2012

Takwim Sukan Catur MSSNS Tahun 2012

Mesy. J/Kuasa Teknik dan Pembangunan MSSNS (30 Mac 2012)

Kejohanan Catur Daerah (seperti catatan di sebelah kanan)

Tarikh Akhir Penghantaran Borang Penyertaan (27 April 2012)
Kepada Pihak Pengelola/Urusetia

Mesy. dan Taklimat Pengurus Pasukan Kejohanan Catur (30 April 2012)
MSSNS Tahun 2012

Tarikh Undian Kejohanan (2 Mei 2012)

Kejohanan Catur MSSNS (8 - 11 Mei 2012)

Latihan Pusat Pasukan Catur MSSNS (26 Mei - 1 Jun 2012)

Bertolak ke K. Terengganu (3 Jun 2012)

Kejohanan Catur MSSM (5 - 8 Jun 2012)

Bertolak balik ke Negeri Sembilan (8 atau 9 Jun 2012)

Mesy. Post Mortem Kejohanan Catur MSSM (19 Jun 2012)

Adalah diharapkan agar semua Pengerusi Teknik Daerah dan semua yang bakal terlibat dalam kontinjen dapat mengikut tarikh yang tercatat ini. Sebarang permasalahan, pertanyaan dan kemusykilan, boleh merujuk kepada Pn. Suhila di Unit Sukan, JPNS atau En. Mohd. Ara (Pengerusi Teknik Catur Negeri Sembilan).

Kejohanan Catur Seremban 2

Kepada peminat-peminat catur di Negeri Sembilan, khususnya para pelajar yang ingin menguji sejauh mana kemampuan anda pada tahun ini untuk bertanding pada kejohanan catur peringkat daerah masing-masing, ini adalah merupakan medan terbaik bagi anda untuk menilai sama ada anda layak atau tidak untuk mewakili Negeri Sembilan untuk tahun 2012 nanti!