Check Mate 9 Langkah

Check Mate 12 Langkah

Sabtu, 14 April 2012

Kejohanan Raja Catur Kompleks Sukan Negara

Tarikh : 29 April 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara.

PERATURAN AM
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan mengikut Undang undang... Federation Internationale Des Echecs (F.I.D.E) dan peraturan - peraturan am yang ditetapkan pengadil yang dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Raja Catur Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.

RATING KEBANGSAAN
Kejohanan ini adalah RATING KEBANGSAAN (NATIONAL RATED). Semua peserta akan didaftarkan dalam senarai Rating Malaysia Chess Federation (MCF).

PENYERTAAN
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara lelaki dan wanita. Semua penyertaan perlu diserahkan sebelum atau pada 28 APRIL 2012 .
Kaunter pendaftaran juga akan dibuka pada 28 April 2012 sehingga jam 5.00 petang di Stadium Juara.

YURAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan seperti berikut :-
Pelajar Sekolah : RM 20
Dewasa/ IPT : RM 25
Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama PERBADANAN STADIUM MALAYSIA di akaun berikut :-
Maybank 014011447266
Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan ditalian 03-8994 6581. Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.

FORMAT PERTANDINGAN
Perlawanan akan dijalankan mengikut sistem Swiss 6 pusingan. “Pairing ” peserta akan dibuat menggunakan program Swiss Manager. Peserta yang mempunyai markah paling tinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Mata pemutus seri :-
1) Solko (BH) 2) Sonneborn-Berger 3) Progressive Scores
Kawalan masa setiap permainan menggunakan jam catur selama 25 minit.

ETIKA PEMAIN
Setiap peserta perlu berpakaian kemas, sopan dan berkasut. Pemakaian seluar pendek adalah dilarang.

HADIAH KEJOHANAN RAJA CATUR KSN
Johan Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Naib Johan Wang Tunai RM 100, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai RM 90, medal & sijil
Ke 4 Wang Tunai RM 80 & sijil
Ke 5 Wang Tunai RM 70 & sijil
Ke 6 Wang Tunai RM 60 & sijil
Ke 7 Wang Tunai RM 50 & sijil
Ke 8 Wang Tunai RM 50 & sijil
Terbaik Semi Pro N.R :1601- 1700 Cenderahati & sijil
Terbaik Amatur N.R :1501- 1600 Cenderahati & sijil
Terbaik Novis N.R :1- 1400 Cenderahati & sijil
Terbaik “Unrated”N.R : Tiada Cenderahati & sijil
Terbaik Wanita Cenderahati & sijil
Terbaik Veteran (45 thn ke atas) Cenderahati & sijil
Terbaik Pelajar IPT ( 2 org) Cenderahati & sijil
Terbaik Pelajar Sek. Menengah (2 org) Cenderahati & sijil
Terbaik Pelajar Sek. Rendah (2 org) Cenderahati & sijil

Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Pembangunan Acara Perbadanan Stadium Malaysia Tel : 03-8992 0888 samb 843,844 & 845 Faks : 03- 8994 6581 Haslina (012-6299617) Fitri Ani (019-3576879) Zarina (019-2549747) E-mail : haslinawati@stadium.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan