Check Mate 9 Langkah

Check Mate 12 Langkah

Isnin, 11 Jun 2012

Selesai Sudah Kejohanan Catur MSSM 2012...

n. sembilan

Alhamdulillah... setelah 8 hari bersama, kontinjen Catur Negeri Sembilan telah dengan jaya dan selamatnya menamatkan saingan dengan mendapat peningkatan kedudukan keseluruhan daripada tempat ke-9 pada tahun 2011 kepada tempat ke-6 pada tahun 2012 ini.

Walaupun sasaran asalnya ialah memenangi 3 emas, namun, kontinjen hanya mendapat 1 pingat gangsa (Nithya - P12), tempat ke-7 (Jonathan - L18) dan Johan Papan Pertama (Subramaniam - L15).
Tahniah diucapkan.

Secara keseluruhannya, jelas terdapat peningkatan kepada tiap kategori dengan berpasukan P18 hampir-hampir menyumbangkan pingat gangsa, namun tewas kepada negeri Perak biarpun jumlah mata sama (tewas kerana negeri Perak berjaya menewaskan Labuan yang menewaskan pasukan Negeri Sembilan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan