Check Mate 9 Langkah

Check Mate 12 Langkah

Jumaat, 8 Februari 2013

Mesyuarat Kejohanan Catur MSS Negeri Sembilan 2013

Tarikh: 7 Februari 2013 (Khamis)
Masa  : 3.00 - 5.30 petang
Tempat: SMK Dato' Sedia Raja, Rembau.
Kehadiran:
1. Pengetua SMK Dato' Sedia Raja
2. GPK Ko-Kurikulum SMK Dato' Sedia Raja
3. Penyelia Sukan PPD Rembau
4. PT Negeri
5. PT Daerah Rembau
6. PT Daerah Tampin
7. PT Daerah Port Dickson
8. PT Daerah Jelebu
9. PT Daerah Jempol
10. PT Daerah Kuala Pilah
11. Cikgu Fazli (Arbiter Kebangsaan)
12. Cikgu Rahman

Keputusan Mesyuarat:

Kejohanan Catur MSS Negeri Sembilan
Tarikh : 26 Februari hingga 1 Mac 2013
Masa   : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat:  (akan dimaklumkan jika ada perubahan)

Peraturan Pertandingan:
1. Wajib memakai uniform sekolah, berkasut.
2. Peserta yang gagal patuhi peraturan pakaian tidak dibenarkan bermain sehinggalah masalah 
    tersebut diatasi oleh kontinjen daerah berkenaan.
3. Menulis dan mencatat setiap pergerakan hingga habis permainan.
    a. amaran pertama A1 akan diberikan dan diminta menyalin.
    b. jika masih tidak menulis, amaran kedua A2 akan diberikan, masa akan ditambah kepada  
        lawan dan masih diminta menyalin.
    c. dikira kalah jika masih tidak menulis.
4. Touch-move.
5. Peserta dilarang memakai cermin mata hitam, penggunaan alatan elektronik semasa pertandingan.
6. Rujuk peraturan pertandingan daripada PT Daerah masing-masing.
6. Setiap daerah dikehendaki menghantar 2 nama guru untuk bertugas sebagai floor arbiter.

Jadual Pertandingan
Selasa (26 Februari 2013)
8.00 pagi - 8.30 pagi          Pendaftaran,
9.00 pagi - 12.00 t/hari      Pusingan 1,
2.00 petang - 5.00 petang  Pusingan 2.

Rabu (27 Februari 2013)
8.30 pagi - 11.30 pagi        Pusingan 3,
2.00 petang - 5.00 petang  Pusingan 4

Khamis (28 Februari 2013)
8.30 pagi - 11.30 pagi        Pusingan 5,
2.00 petang - 5.00 petang   Pusingan 6

Jumaat (1 Mac 2013)
8.30 pagi - 11.30 pagi        Pusingan 7
11.45 pagi                          Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan